Morbidelli C1002V 2024 tiba di pasaran Malaysia – RM 56,888.00

Selain model naked Morbidelli M502N 2024, turut dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini ialah model cruiser Morbidelli C1002V 2024. Harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 56,888.00 sahaja, dan boleh didapati dengan tiga pilihan warna menarik Black, Grey dan Blue. Morbidelli C1002V dilengkapi enjin 997cc (V-twin cylinder, 4-valve, DOHC, liquid-cooled), dengan kuasa maksimum 93.87hp (70kW) dan tork 102Nm. Berat kering model berkenaan mencapai 262 kg.