Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2024 kini tiba di pasaran Malaysia, harga RM 119,388.00

Model adventure berprestasi tinggi Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2024 kini tiba di pasaran Malaysia, dengan harga RM 119,388.00. Dua pilihan warnanya ialah Pearl Glare White dan Mat Ballistic Black Metallic. Enjinnya pula 1,084cc (Liquid-Cooled, OHC, 4-Stroke, 8-Valve, Parallel Twin with 270° Crank and Uni-Cam) dengan hamburan 100.57hp (75kW) dan tork 112Nm. Jentera kembara ini akan berada di pasaran tempatan bermula tarikh 19hb. Jun 2024.