Benda Dark Flag 500 V4 2024 kini dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 39,888.00

Tidak dinafikan, model terbaharu Benda Napoleon Bob 500 2024 mempunyai reka bentuk yang menawan dan harga yang berpatutan. Namun tahukah anda, Benda Motor Malaysia mempunyai sebuah lagi model yang lebih menarik dan lebih sporty, yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Model tersebut ialah ialah Benda Dark Flag 500 V4 2024, tampil dengan dua pilihan warna Shiny Black dan Ash Grey, dan ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 39,888.00. Di bahagian enjin, ianya menggunakan enjin jenis V4 yang bersesaran 496cc (V4-cylinder, 4-stroke, 16-valve, DOHC, liquid-cooled), dan digandingkan dengan transmisi enam kelajuan dan sliding clutch.

Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 53.6hp @ 10,500rpm dengan tork maksimum 42Nm @ 7,500rpm. Benda Dark Flag 500 V4 ini kemudiannya turut dilengkapi sistem ride modes, traction control, ABS Dual Channel, fork depan upside-down, sistem suspensi belakang Airmatic yang canggih, sistem lampu LED, dan paparan panel meter digital LCD dengan pelbagai informasi.

Melengkapkan spesifikasinya ialah tangki bahan api 16 liter, tinggi tempat duduk 700 mm, tayar depan dan belakang bersaiz 130/90-16 dan 150/80-16 masing-masing, jarak kelegaan bumi 133 mm, dan berat kering 248 kg. Kualiti model ini dijamin oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.