Keeway V302C 2024 dilancarkan di pasaran Thailand

Pasaran negara jiran Thailand baru-baru ini dengan rasminya menerima pelancaran sebuah model cruiser terbaharu, iaitu Keeway V302C 2024. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik Red, Black dan Grey, harga jualannya ditawarkan sebanyak THB 177,900 (RM 23,176.86).

Keeway V302C dilengkapi enjin bersesaran 298cc (V-twin, 8-valves, liquid-cooled, SOHC) yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, dan tali sawat sebagai pemacu akhirnya. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 29hp @ 8,500rpm dengan tork 26.5Nm @ 6,500rpm.

Di bahagian suspensi, ianya merupakan gandingan fork depan USD dengan penyerap hentak belakang berkembar. Keeway V302C kemudiannya dilengkapi brek cakera depan 300 mm dan brek cakera belakang 240 mm, ABS Dual Channel, tangki bahan api 15 liter, saiz tayar depan dan belakang 110/90-16 dan 130/90-15, tinggi tempat duduk 690 mm, dan berat kering 167 kg.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya ialah panel meter digital dan sistem lampu LED dengan DRL. Dengan pelancaran Keeway V302C 2024 ini di pasaran Thailand, adakah bermakna ianya juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia nanti? Pastinya menarik jika menjadi kenyataan.