Zontes 368G 2024 diperkenalkan secara rasmi di pasaran China

Sebelum ini di EICMA 2023, Zontes telah pun memperkenalkan sebuah model skuter adventure terbaharu iaitu Zontes 501G. Kini sebuah lagi varian baharu model tersebut telah diperkenalkan di pasaran China, iaitu Zontes 368G 2024. Berbanding Zontes 501G yang memiliki enjin 491cc, Zontes 368G memiliki enjin 368cc dengan kuasa maksimum 38.2hp (28.5kW) dan tork 40Nm.

Spesifikasi lain pada Zontes 368G ini termasuklah tangki bahan api 17.5 liter, ABS dua saluran, tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-17 dan 150/70-17, ruang barangan di bawah tempat duduk dengan muatan dua buah helmet, dan beratnya 198 kg. Setakat ini, tidak pasti sama ada Zontes 501G atau Zontes 368G ini akan turut dilancarkan di Malaysia pada masa akan datang.

Sumber gambar : Arena Motor & MMM Garage