Adakah model terbaharu Aveta Ranger 125 2024 bakal dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024?

Aveta Motor Malaysia bakal melancarkan sebuah model kapcai adventure terbaharu, bertempat di Malaysia Autoshow 2024 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor, dari tarikh 22 – 26 Mei 2024. Berdasarkan paparan imej teaser seperti di atas, model tersebut mungkin asalnya daripada model Jialing CoCo Cross, yang diperkenalkan di pasaran China sejak tahun lepas.

Jika benar, ianya dijangka akan dikenali sebagai Aveta Ranger 125 2024, pengganti untuk model Aveta Ranger 110. Berdasarkan maklumat awal, enjinnya bersesaran 125cc dengan kotak gear empat kelajuan, menghasilkan 8.4PS dan tork 9.2Nm. Untuk perjalanan lebih jauh, tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 9.0 liter. Setakat ini, sama-samalah kita nantikan pelancarannya.

Sumber gambar Jialing CoCo Cross : 58moto.com