Yamaha MT-15 2024 terima kemaskini warna baharu di Malaysia, harga RM 12,498.00

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada hari ini dengan rasminya memperkenalkan Yamaha MT-15 2024. Untuk pasaran Malaysia, model naked tersebut kini telah menerima kemaskini warna baharu, dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Midnight Cyan dan Midnight Black.

Harga asasnya pula ialah sebanyak RM 12,498.00, meningkat sebanyak RM 200.00 berbanding harga asas bagi model tahun sebelumnya. Dengan setiap pembelian Yamaha MT-15 2024 ini, pembeli akan turut menerima satu unit kunci cakera Yamaha yang diberikan secara percuma.