Kawasaki Z7 Hybrid 2024 di pasaran Jepun, harga 1,848,000 Yen

Kawasaki Z7 Hybrid 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran Jepun, dengan harga 1,848,000 Yen (RM 57,822.07). Model naked tersebut dikuasakan enjin 451cc (parallel twin, liquid-cooled, DOHC, 4-valve) yang digandingkan dengan motor traction 12PS dan bateri lithium ion 50.4V.

Jumlah prestasi yang dihasilkan oleh sistem hibrid itu dengan teknologi e-boost ialah 69PS @ 10,500rpm, dengan tork 60Nm @ 2,800rpm. Sistem transmisinya automatik enam kelajuan dengan fungsi manual. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Sport-Hybrid, Eco-Hybrid dan EV.