Model naked Honda CB125R 2024 kini diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan empat pilihan warna baharu. Pada masa yang sama, model tersebut juga kini dilengkapi panel meter TFT 5.0 inci berwarna baharu, yang turut disertakan dengan switchgear pada bahagian sebelah kiri.
Di bahagian enjin yang telah dinaik taraf, ianya masih lagi bersesaran 124.9cc (liquid-cooled, 4-valve, DOHC, single cylinder). Namun enjin itu kini telah pun mematuhi piawaian emisi Euro 5+. Enjin itu menghasilkan 14.75hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 11.6Nm @ 8,000rpm.