MBP C852V 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Sebuah lagi model menarik keluaran MBP (Moto Bologna Passione) telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah, iaitu MBP C852V 2024. Model cruiser satu tempat duduk itu dikuasakan enjin 831cc (V-twin, 8-valve, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch.

Enjin berkenaan menghasilkan kuasa maksimum 68.4hp @ 7,000rpm dengan tork maksimum 75Nm @ 6,250rpm. Untuk tunggangan lebih jauh, tangki bahan apinya berkapasiti 19 liter. Sistem suspensinya ialah fork depan USD dan monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Sistem brek cakera depan jenis berkembar 320 mm dan belakang 260 mm seterusnya lengkap dengan ABS Dual Channel. Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik pada MBP C852V 2024 ialah gabungan panel meter digital dan analog, sistem lampu LED, dan kehadiran dua paip ekzos.

Tinggi tempat duduknya berada pada paras hanya 670 mm. Tayar depan dan belakang masing-masing didatangkan dalam siri 130/70-18 dan 200/55-16. Beratnya mencapai angka 212 kg (dry weight). Akhir sekali, MBP C852V 2024 mempunyai kelajuan maksimum sehingga 170 km/j.