Kemaskini warna baharu untuk Honda Rebel 1100 2024 dan Honda Rebel 1100 T 2024 di pasaran Jepun

Pada bulan Januari 2024 yang lepas, Honda di pasaran Jepun telah mengumumkan kemaskini warna baharu untuk dua model cruiser keluarannya iaitu Honda Rebel 1100 2024 dan Honda Rebel 1100 T 2024. Pertama ialah untuk Rebel 1100 (Manual & Dual Clutch Transmission), di mana kerangka pada model tersebut kini telah ditukar kepada warna baharu Matte Black.

Rebel 1100 kemudiannya ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Iridium Gray Metallic dan  Gunmetal Black Metallic. Bagi model berwarna Gunmetal Black Metallic, rim rodanya kini telah ditukar kepada warna baharu Bronze. Seterusnya untuk model Rebel 1100 T (Manual & Dual Clutch Transmission), rim rodanya juga kini telah ditukar kepada warna baharu Bronze.

Rebel 1100 T masih mengekalkan warna terdahulu Gunmetal Black Metallic. Di bawah berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk kedua-dua model berkenaan di pasaran Jepun :

  • Honda Rebel 1100 2024 (Manual) : 1,138,500 Yen (RM 36,162.34)
  • Honda Rebel 1100 2024 (DCT) : 1,248,500 Yen (RM 39,656.29)
  • Honda Rebel 1100 T 2024 (Manual) : 1,314,500 Yen (RM 41,752.65)
  • Honda Rebel 1100 T 2024 (DCT) : 1,424,500 Yen (RM 45,246.60)

Kedua-dua model Rebel 1100 dan Rebel 1100 T dikuasakan enjin bersesaran 1,082cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valve, inline 2-cylinder), dengan keluaran maksimum 87PS @ 7,000rpm dan tork maksimum 98Nm @ 4,750rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan dua pilihan sistem transmisi, sama ada Manual 6-kelajuan atau Dual Clutch Transmission 6-kelajuan.

Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri lain adalah sama dengan model Honda CMX1100 Rebel 2024 dan Honda CMX1100T Rebel 2024, yang diperkenalkan di pasaran Eropah pada bulan Oktober 2023 yang lepas. Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua model cruiser sporty dan berkuasa tinggi ini akan dilancarkan oleh Boon Siew Honda.