Husqvarna Svartpilen 401 2024 generasi baharu diperkenalkan

Husqvarna Motorcycles baru-baru ini turut memperkenalkan model Husqvarna Svartpilen 401 2024, sebagai pengganti kepada model generasi sebelumnya. Reka bentuknya sama seperti Husqvarna Svartpilen 250 2024, namun dengan enjin 399cc (single cylinder, 45hp) yang lebih berkuasa. Sistem transmisinya enam kelajuan, lengkap dengan teknologi klac Easy Shift.

Spesifikasi menarik lain pada Husqvarna Svartpilen 401 2024 ini adalah seperti cornering MTC, ride modes, suspensi boleh laras WP, sistem brek ByBre, Bosch cornering sensitive ABS, panel meter TFT 5.0 inci dengan sambungan Bluetooth, lampu depan LED (with positioning light ring), tinggi pelana 820 mm, dan rim lidi 17 inci dengan tayar premium Pirelli Scorpion Rally STR.