Selepas model Zontes M125 2022 dan Zontes D125 2023, pasaran Sepanyol kini menerima model terbaharu Zontes E125 2024. Reka bentuk dan penampilan model tersebut sama seperti model Zontes 350E 2023 di pasaran Malaysia, cuma enjinnya hanya 125cc (4-valves, liquid-cooled, Bosch EFI) dengan janaan 14.55hp @ 8,250rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm.
Zontes E125 2024 ditawarkan pada harga Euro 3,887.00, bersamaan RM 19,922.26. Antara ciri-ciri menariknya seperti paner meter TFT berwarna dengan ciri sambungan Bluetooth, keyless, soket pengecas USB, TPMS (Tyre Pressure Monitoring System), windshield boleh laras, ABS Dual Channel, tangki petrol 16 liter, dan ruang storan dengan muatan dua helmet full face.