QJ Motor SRK 921 RR 2024 dilancarkan di pasaran China, harganya bersamaan RM 46,646.28

Pada awal Januari yang lepas, model terbaharu QJ Motor SRK 921 RR 2024 rasmi dilancarkan di pasaran China. Harga jualannya CNY 69,999.00, bersamaan RM 46,646.28 (kadar semasa). Enjinnya berasal daripada MV Agusta, bersesaran 921cc (four-cylinder, liquid-cooled) dengan kuasa maksimum 127hp @ 10,000rpm dan tork maksimum 93Nm @ 8,000rpm.

Spesifikasi menariknya termasuklah Riding Modes, Launch Control, Traction Control, Cornering ABS, Steering Damper, panel instrumen TFT dengan ciri sambungan ke telefon pintar, sistem lampu LED, kamera perakam video depan dan belakang, sistem suspensi depan dan belakang Marzocchi, sistem brek Brembo, dan tangki petrol 16 liter. Beratnya 215 kg (curb weight).