Site icon Arena Motosikal

Modenas Ninja ZX-25RR bakal dilancarkan pada Februari 2024?

Di pasaran Malaysia pada ketika ini, model sport bike 250cc empat silinder iaitu Modenas Ninja ZX-25R SE 2023 telah dilancarkan pada bulan September 2023. Selepas ini, sebuah lagi model iaitu Modenas Ninja ZX-25RR 2024 juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

Menurut sumber daripada rakan media Mekanika.com.my, Modenas Ninja ZX-25RR 2024 akan dilancarkan di pasaran Malaysia secara rasmi pada bulan depan, iaitu pada bulan Februari 2024. Harga asasnya setakat ini diramalkan tidak akan melebihi paras RM 36,000.00.

Berbanding Ninja ZX-25R SE, Ninja ZX-25RR dilengkapi sistem suspensi dengan prestasi yang lebih baik dan menawarkan corak tunggangan yang lebih lincah dan agresif, seperti berikut :

Spesifikasi lain termasuk enjin dan ciri-ciri yang ditawarkan, ianya adalah sama untuk kedua-dua model Ninja ZX-25R SE dan Ninja ZX-25RR. Jadi untuk peminat yang mahu meningkatkan lagi tahap keseronokan dan prestasi tunggangan, sudah pasti akan memilih Ninja ZX-25RR.

Untuk tempahan awal, bakal pembeli Kawasaki Ninja ZX-25RR 2024 boleh berkunjung ke mana-mana pusat jualan sah EMOS atau Kawasaki Malaysia yang berdekatan. Di sana, sudah pasti bakal pelanggan akan mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai model berkenaan.

Exit mobile version