Pada awal bulan Disember yang lepas, pasaran Filipina dengan rasminya menerima pelancaran model cruiser terbaharu CFMOTO 450CL-C 2024. Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna Ruby Red dan Nebula Black, dengan harga jualan PHP 287,900.00 (RM 23,966.45).
Aspek spesifikasi memperlihatkan 450CL-C dilengkapi enjin 449cc (In-line twin cylinder, liquid-cooled), dengan kuasa maksimum 40.2hp @ 8,000rpm dan tork puncak 42Nm @ 6,250rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 12 liter, dan tinggi tempat duduk berada pada paras 690 mm.
Spesifikasi menarik lain termasuklah fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan ABS, Traction Control, tayar depan dan belakang bersaiz 130/90-16 dan 150/80-16, panel meter TFT 3.6 inci, sistem lampu LED, dan pengecas USB jenis Type-C.
Untuk pasaran Malaysia, CFMOTO 450CL-C 2024 ini dijangka akan turut dilancarkan pada masa akan datang. Ianya bakal menjadi pilihan yang lebih berpatutan berbanding dua model cruiser lain di pasaran tempatan iaitu Honda Rebel 500 2023 dan Modenas Vulcan S 2023.