Adakah Yamaha NVX V3 akan menerima reka bentuk baharu?

Di pasaran Malaysia pada ketika ini, salah sebuah model skuter popular ialah Yamaha NVX V2, yang dilancarkan secara rasmi pada bulan April 2021. Model berkenaan kemudiannya menerima kemaskini tiga pilihan warna baharu yang lebih sporty dan segar, pada bulan Oktober 2022.

Yamaha NVX turut ditawarkan di pasaran Vietnam dengan nama Yamaha NVX 155 VVA, dan di pasaran Thailand dengan nama Yamaha Aerox. Di pasaran Indonesia dan India pula ianya dikenali dengan nama Yamaha Aerox 155, dan nama Yamaha Mio Aerox di pasaran Filipina.

Setakat ini Yamaha NVX masih berada dalam versi V2, namun sejak tahun lepas telah terdengar desas-desus mengenai kemungkinan akan wujudnya Yamaha NVX V3. Jika benar, mungkin ianya akan muncul pada tahun 2024 atau 2025, dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty.

Di samping desas-desus tersebut, Yamaha NVX V3 juga telah muncul dalam bentuk lakaran digital, seperti mana paparan imej di atas. Ianya merupakan lakaran artis yang memberikan bayangan awal mengenai reka bentuknya, namun belum pasti akan menjadi model sebenar.

Sumber : YAMAHA AEROX 155 MODIFIKASI INDONESIA via Kaki Restore