GPX GTM250R 2024 diperkenalkan eksklusif untuk pasaran Jepun, edisi terhad 150 unit

GPX Japan kini dengan rasminya memperkenalkan model terbaharu GPX GTM250R 2024, yang ditawarkan eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja. Lebih dari itu, hanya 150 unit sahaja yang tersedia. Harga jualannya pula ditetapkan sebanyak ¥ 566,500.00, bersamaan RM 18,458.20.

GPX GTM250R 2024 didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 250cc dengan transmisi enam kelajuan. Enjin satu silinder itu menawarkan kuasa maksimum 20.4hp @ 8,500rpm dengan tork 19Nm @ 7,000rpm. Tangki bahan apinya 14 liter.

Spesifikasi menarik lainnya seperti fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS, ketinggian tempat duduk 800 mm, dan tayar bersaiz 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang). Berat kering model berkenaan hanyalah 148 kg.