Model kapcai adventure terbaharu Yamaha PG-1 2024 telah diperkenalkan di pasaran Thailand dan Vietnam, manakala untuk pasaran Malaysia, belum pasti ianya akan dilancarkan.
Walaupun baru saja dilancarkan, Yamaha PG-1 di pasaran Thailand kini muncul dalam versi scrambler, hasil transformasi yang telah dilakukan oleh bengkel terkenal K-Speed Custom.
Berdasarkan maklumat di dalam laman sesawang K-Speed Japan, ianya dikenali dengan nama K-SPEED YAMAHA PG-1 Rock Scrambler, dan mempunyai tanda harga RM 33,970.00.
Untuk anda yang berminat, K-Speed Japan menawarkan Yamaha PG-1 versi scrambler itu untuk pasaran di seluruh dunia. Namun tidak pasti sama ada ianya boleh didaftarkan di JPJ.