Yamaha Belle 80 model tahun 1982

Ini merupakan model Yamaha Belle 1980 keluaran tahun 1982. Melihat kepada reka bentuknya, model bergaya sporty ini mungkin menjadi inspirasi kepada model Yamaha PG-1 2024.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari internet, Yamaha Belle 80 telah diasaskan daripada model Yamaha Y80. Dikatakan ianya menjadi asal-usul model moped sporty pertama di pasaran Thailand yang diperkenalkan pada tahun 1978, dan model tersebut menjadi begitu popular.

Yamaha Belle 80 dilengkapi enjin dua lejang bersesaran 79cc dengan sistem penyejukan udara dan sistem bahan api karburetor. Sistem transmisinya pula mempunyai tiga tahap kelajuan.

Lebih menarik, Yamaha Belle 80 turut dilengkapi dengan sistem YEIS (Yamaha Energy Induction System), di mana ianya merupakan antara teknologi canggih dan berkuasa pada ketika itu.