Benelli baru-baru ini rasmi memperkenalkan sebuah model naked terbaharu yang cukup menarik dan luar biasa, iaitu Benelli Tornado Naked Twin 500 2024.
Untuk pasaran Eropah, model berkenaan akan tiba di bilik pameran pengedar bermula dari separuh pertama tahun depan. Harga jualannya pula belum diumumkan.
Benelli Tornado Naked Twin 500 2024 dilengkapi enjin bersesaran 500cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, double overhead camshaft, 4 valves for cylinder).
Enjin bertaraf Euro 5+ itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 47.6hp @ 8,500rpm dengan tork 46Nm @ 6,000rpm.
Dengan penampilan lampu depannya yang di luar kebiasaan, tidak pasti sama ada ianya akan diterima oleh peminat jika dilancarkan di pasaran Malaysia kelak.