Selain model Benelli Tornado 300 2024, pasaran Eropah baru-baru ini turut diperkenalkan sebuah lagi model terbaharu iaitu Benelli Tornado 400 2024.
Berdasarkan maklumat rasmi daripada siaran akhbar, Benelli Tornado 400 2024 akan ditawarkan di pasaran Eropah mulai separuh pertama tahun depan.
Model tersebut dilengkapi enjin dua silinder bersesaran 399cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, double overhead camshaft DOHC, 8 valves).
Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 47.6hp @ 10,000rpm dengan tork puncak 38Nm @ 8,000rpm.
Untuk pasaran Malaysia, diharapkan pengedar rasmi Benelli iaitu MForce Bike Sdn. Bhd. akan turut menawarkan model Benelli Tornado 400 2024 ini.