Model superbike terbaharu Ducati Panigale V4 SP2 30th Anniversary 916 2024 baru-baru ini dengan rasminya telah diperkenalkan di pameran EICMA 2023.
Model tersebut memberikan penghormatan kepada model superbike legenda Ducati 916, yang sebelum ini diperkenalkan kepada umum pada 30 tahun yang lalu.
Ducati Panigale V4 SP2 30th Anniversary 916 2024 akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja, menjadikannya sebuah model yang eksklusif.
Aspek kuasa, ianya dilengkapi enjin Desmosedici Stradale 90° V4 bersesaran 1,103cc, dengan kuasa maksimum 215.5hp @ 13,000rpm dan tork 123.6Nm @ 9,500rpm.