Web Analytics
Yamaha Ténéré 700 Explore 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha Ténéré 700 Explore 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Yamaha Motor Europe baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah lagi varian terbaharu untuk model Ténéré 700, kali ini dikenali dengan nama Yamaha Ténéré 700 Explore 2024.

Sebelum ini Ténéré 700 telah diperkenalkan dalam versi Yamaha Ténéré 700 Extreme 2024 di pasaran Eropah, menjadikan pilihan varian model tersebut kini kepada enam kesemuanya.

Yamaha Ténéré 700 Explore 2024 mempunyai hanya satu skim warna iaitu Tech Kamo. Enjinnya bersesaran 689cc (4-stroke, 2-cylinder, Liquid-cooled, DOHC), dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Enjin dua silinder tersebut menghasilkan kuasa maksimum pada paras 73.4PS @ 9,000rpm dengan tork maksimum 68Nm @ 6,500rpm.

Untuk peminat motosikal dalam versi kembara, Yamaha Ténéré 700 Explore 2024 ini pastinya menjadi salah satu pilihan terbaharu yang menarik di pasaran.

 
Arena Motosikal © 2023