Selain model skuter Aprilia SR GT Replica 2023, Aprilia Malaysia pada masa yang sama turut melancarkan model sports bike terbaharu iaitu Aprilia RS660 Extrema 2023.
Untuk pasaran Malaysia, model dengan berat kering hanya 166 kg itu ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 79,900.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Aprilia RS 660 Extrema 2023 dikuasakan enjin bersesaran 659cc (parallel twin-cylinder, 4-stroke, liquid cooled, DOHC, four valves per cylinder) dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 100hp @ 10,500rpm dengan tork maksimum 67Nm @ 8,500rpm. Untuk anda, saksikan galeri gambar-gambar menariknya di bawah.