Pra-tempahan untuk KTM 890 Adventure R Rally 2024 habis dalam masa singkat

Model terbaharu KTM 890 Adventure R Rally 2024 diperkenalkan pada bulan September 2023 yang lepas, dan serentak itu pra-tempahannya juga telah dibuka secara online.

Menariknya ialah dalam tempoh kurang daripada tiga hari, kesemua 700 unit model tersebut yang ditawarkan untuk pasaran di seluruh dunia telah pun habis ditempah oleh pelanggan.

KTM bagaimanapun telah membuka senarai menunggu untuk para pelanggannya yang tidak sempat untuk menempah jentera adventure rali berkenaan, seandainya ada tempahan sedia ada yang dibatalkan.

KTM 890 Adventure R Rally 2024 dilengkapi enjin LC8c bersesaran 889cc parallel twin yang berkuasa tinggi, dengan keluaran maksimum 105hp dan tork maksimum 100Nm.

Setiap unit yang ditempah dijangka akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh di antara bulan Disember 2023 dan Mei 2024, dan ianya bergantung kepada faktor serantau.