Model terbaharu Ducati Hypermotard 698 Mono 2024 kini diperkenalkan secara rasmi, dalam dua pilihan versi iaitu Standard dan RVE.
Bagi versi Standard, ianya tampil dengan warna Ducati Red, manakala versi RVE tampil dengan skim warna dan grafik yang lebih menarik, di samping dilengkapi Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down sebagai ciri standard.
Ducati Hypermotard 698 Mono 2024 menawarkan aksi tunggangan yang mengujakan.
Ianya dilengkapi enjin Ducati Superquadro Mono bersesaran 659cc dengan hanya satu silinder, dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 77.5hp @ 9,750rpm dengan tork maksimum 63Nm @ 8,000rpm.
Dijangkakan model supermotard ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia pada masa akan datang.