Web Analytics
Honda SH Mode 125 2024 terima warna baharu di pasaran Eropah – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda SH Mode 125 2024 terima warna baharu di pasaran Eropah

Honda di pasaran Eropah baru-baru ini telah memperkenalkan model skuter Honda SH Mode 125 2024, dengan dua pilihan warna baharu Candy Luster Red dan Matt Galaxy Black Metallic. Selain itu, dua skim warna sebelumnya iaitu Pearl Jasmine White dan Matt Techno Silver Metallic masih ditawarkan seperti biasa untuk musim 2024. Spesifikasi teknikal pula tiada sebarang perubahan.

Honda SH Mode 125 2024 memiliki enjin bersesaran 125cc eSP+ (enhanced Smart Power Plus) dengan teknologi empat injap, sejukan cecair dan SOHC. Enjin itu menawarkan kuasa 11.26hp @ 8,500rpm dengan tork 12.1Nm @ 5,000rpm. Spesifikasi menarik lain seperti Smart Key, glovebox dengan soket USB Type-A, ruang storan yang luas, dan tayar dengan ciri penjimatan bahan api.

 
Arena Motosikal © 2023