Selain Zontes 150M 2023, pasaran China baru-baru ini turut menerima pelancaran rasmi model skuter terbaharu Zontes 150D 2023. Kedua-dua model tersebut tampil dengan gaya rekaan yang agak berbeza, namun berkongsi spesifikasi yang sama. Malah harga jualan yang ditawarkan juga sama, iaitu sebanyak CNY 15,800.00, bersamaan nilai RM 10,346.62 mengikut kadar semasa.
Zontes 150M 2023 memiliki enjin 150cc (liquid cooled, SOHC, Bosch EFI) dengan transmisi CVT, yang menghasilkan 15.8hp @ 8,000rpm dengan tork 15Nm @ 6,000rpm. Spesifikasi menarik lain seperti sistem kawalan keyless, ABS Dual Channel, Traction Control System (TCS), dwi pengecas USB, kapasiti tangki bahan api 12 liter, dan ruang storan yang boleh memuatkan sebuah helmet.