Site icon Arena Motosikal

Modenas Ninja ZX-25RR 2024 bakal dilancarkan pada tahun depan, anggaran harga RM 35,900.00

Model sport bike empat silinder terbaharu Modenas Ninja ZX-25R SE 2023 baru-baru ini dengan rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia, dengan harga asas RM 33,900.00. Sementara itu bagi versi lebih premium iaitu Modenas Ninja ZX-25RR 2024, ianya juga akan dilancarkan oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) pada tahun depan, dengan anggaran harga sekitar RM 35,900.00.

Anggaran harga tersebut berdasarkan perbezaan harga semasa di antara model Kawasaki Ninja ZX-25R SE dan Kawasaki Ninja ZX-25RR di pasaran Indonesia, iaitu sekitar RM 2,000.00 sahaja. Bagi Ninja ZX-25RR, kelebihan yang ditawarkannya berbanding versi SE ialah ianya didatangkan dengan sistem suspensi depan dan belakang dengan prestasi yang lebih baik, seperti di bawah :

Spesifikasi lain di antara Ninja ZX-25R SE dan Ninja ZX-25RR adalah sama, termasuklah prestasi enjin dan ciri-ciri yang ditawarkan. Namun bagi peminat yang mahukan aspek pengendalian pada tahap tertinggi, sudah pasti sanggup menunggu ketibaan rasminya pada tahun depan. Setakat ini EMOS belum mengumumkan tarikh sebenar pelancaran rasmi Modenas Ninja ZX-25RR 2024.

Exit mobile version