Web Analytics
Kawasaki Versys 650 2024 diperkenalkan dengan warna baharu – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Kawasaki Versys 650 2024 diperkenalkan dengan warna baharu

Model adventure touring Kawasaki Versys 650 2024 kini diperkenalkan dengan tiga pilihan warna baharu yang menarik, iaitu Metallic Flat Spark Black / Candy Lime Green, Metallic Spark Black / Metallic Flat Spark Black, dan juga Metallic Matte Dark Gray / Ebony. Ketiga-tiga warna baharu ini ditawarkan untuk pasaran Eropah, dan mungkin hanya tiga warna ini sahaja untuk musim 2024.

Di bahagian teknikal, Kawasaki Versys 650 2024 masih menawarkan spesifikasi dan ciri-ciri yang sama seperti model tahun sebelumnya. Enjinnya 649cc, menghasilkan 67PS @ 8,500rpm dengan tork 61Nm @ 7,000rpm. Antara ciri-ciri menariknya termasuk KTRC (Kawasaki TRaction Control), skrin penghadang angin boleh laras, dan panel TFT dengan sistem sambungan ke telefon pintar.

 
Arena Motosikal © 2023