Web Analytics
Warna baharu Kawasaki Versys 650 2024 di pasaran Indonesia – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Warna baharu Kawasaki Versys 650 2024 di pasaran Indonesia

Pasaran Indonesia baru-baru ini telah menerima Kawasaki Versys 650 2024, dengan skim warna baharu Candy Lime Green / Metallic Flat Spark Black / Metallic Spark Black yang kelihatan cukup menarik dan sporty. Harga yang ditawarkan pula ialah sebanyak Rp. 225,000,000.00, bersamaan nilai RM 67,747.26 mengikut kadar semasa. Sementara itu di pasaran Malaysia, model sama iaitu Modenas Versys 650 2023 ditawarkan dengan harga asas RM 38,400.00 dan RM 39,100.00.

Imbas kembali spesifikasinya. Modenas Versys 650 2024 di pasaran Indonesia ini dilengkapi enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan transmisi enam kelajuan. Keluaran maksimumnya 67PS @ 8,500rpm dengan tork 61Nm @ 7,000rpm. Spesifikasi lain seperti KTRC (Kawasaki Traction Control), ABS Dual Channel, sistem sambungan ke telefon pintar, tangki bahan api 21 liter, tinggi tempat duduk 845 mm, dan berat penuh hanya 218 kg.

 
Arena Motosikal © 2023