Pada tarikh 13hb. Oktober 2023, model terbaharu MV Agusta Superveloce 98 Edizione Limitata 2024 rasmi diperkenalkan, dalam edisi terhad 300 unit sahaja. Model tersebut merupakan suatu penghormatan dan peringatan kepada MV 98, iaitu motosikal pertama keluaran MV Agusta yang muncul pada tahun 1943. Model tersebut dilengkapi enjin satu silinder bersesaran 98cc, dengan transmisi dua kelajuan, dan seterusnya dipadankan dengan skim warna menarik Burgundy.
Bagi model MV Agusta Superveloce 98 Edizione Limitata 2024, ianya tampil dengan skim warna “Rosso Verghera”, yang diinspirasikan daripada warna asal MV 98. Enjinnya bersesaran 798cc dengan tiga silinder, menjana sehingga 147hp. Spesifikasi menarik lain termasuklah rim berjejari, sistem brek dengan radial master cylinder PR 16/19 dan kaliper depan M4.30 Stylema Brembo, Ride by Wire, panel meter TFT 5.5″, dan tayar berprestasi tinggi Pirelli Diablo Rosso IV Corsa.