Di pasaran Eropah, Honda CMX500 Rebel 2024 baru saja diperkenalkan dengan pilihan warna baharu. Untuk versi Standard, pilihan warna baharunya ialah Seal Silver Metallic dan Matt Laurel Green Metallic, di samping warna terdahulu Mat Gunpowder Black Metallic. Untuk versi S Edition pula, satu skim warna baharu yang diperkenalkan untuknya ialah Pearl Shining Black.
Setakat ini spesifikasi teknikal untuk Honda CMX500 Rebel 2024 di pasaran Eropah kekal sama. Ianya dikuasakan enjin 471cc (Liquid-Cooled, 4-Stroke, DOHC Twin Cylinders, PGM-FI) dengan gandingan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimumnya 45.6hp @ 8,500rpm dengan tork 43.3Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya memiliki kapasiti 11.2 liter.
Spesifikasi menarik lainnya termasuklah panel meter digital dengan penunjuk gear, sistem lampu LED, fork depan teleskopik, suspensi belakang Showa (5 step preload), ABS Dual Channel, roda depan dan belakang bersaiz 130/90-R16 (depan) dan 150/80-R16 (belakang), ketinggian tempat duduk pada paras 690 mm, jarak kelegaan tanah 125 mm, dan berat 191 kg (kerb weight).