Aveta Malaysia bakal melancarkan sebuah model kapcai terbaharu iaitu Aveta Ranger Max 130 2024 tidak lama lagi. Namun begitu berdasarkan paparan di dalam Shopee, model tersebut telah pun ditawarkan dengan harga RM 7,999.00. Oleh kerana ianya belum dilancarkan secara rasmi, mungkin iklan di dalam Shopee itu hanya merupakan tempahan awal daripada pihak pengedar.
Untuk makluman, Aveta Ranger Max 130 2024 sebelum ini telah dipamerkan secara rasmi oleh Aveta Malaysia, bertempat di acara Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung dalam bulan Mei 2023 yang lepas. Model kapcai bercirikan adventure itu dilengkapi enjin 130cc dengan transmisi 5-kelajuan. Untuk maklumat lanjut, sama-samalah kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.