Web Analytics
Moto Morini Calibro 650 2024 diperkenalkan untuk pasaran Eropah dan USA – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Moto Morini Calibro 650 2024 diperkenalkan untuk pasaran Eropah dan USA

Moto Morini baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model cruiser terbaharu, yang diberi nama Moto Morini Calibro 650 2024. Ianya bakal ditawarkan di pasaran Eropah dan USA, dan akan muncul secara rasmi di EICMA 2023 pada bulan November depan. Setakat ini spesifikasi lengkapnya belum diumumkan, namun menurut sumber, ianya dilengkapi enjin 649cc dua silinder dengan kuasa 60hp.

Spesifikasi menarik lain untuk Moto Morini Calibro 650 2024 termasuklah sistem lampu LED, sistem brek ABS, sistem pacuan menggunakan tali sawat, panel meter bergaya klasik gabungan analog dan digital, tayar depan dan belakang dengan saiz masing-masing 18 inci dan 16 inci, dan tinggi tempat duduk hanya 720 mm. Model ini juga berkemungkinan akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia.

 
Arena Motosikal © 2023