Selepas model Yamaha YZF-R125 ABS 2024 dan Yamaha YZF-R15 ABS 2024, pasaran Jepun kini menerima pula Yamaha MT-125 ABS 2024. Model naked tersebut mempunyai tiga pilihan warna, dan ditawarkan dengan harga 495,000 Yen, bersamaan RM 15,743.44. Enjinnya bersesaran 124cc (liquid cooled, SOHC, 4-valve) dengan teknologi VVA, dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 15PS @ 10,000rpm dengan tork 12Nm @ 8,000rpm. Antara ciri-ciri menarik lain termasuklah Assist & Slipper Clutch, Traction Control, sistem brek ABS, paparan digital LCD, lampu depan dan belakang LED, tangki petrol 10 liter, tayar depan dan belakang bersaiz 100/80-17 dan 140/70-17, dan tinggi tempat duduk 810 mm. Berat model naked itu hanya 138 kg.