Kawasaki Z125 Pro 2024 untuk pasaran Indonesia baru saja diperkenalkan, tampil dengan warna baharu Metallic Matte Dark Gray. Harga jualannya Rp. 47,800,000.00, bersamaan RM 14,408.16 mengikut kadar semasa. Model itu kekal dengan spesifikasi sebelumnya, termasuklah enjin 125cc (4-stroke, 1 cylinder, SOHC, 2-valve, air-cooled) dengan gandingan kotak gear empat kelajuan.
Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 9.4PS @ 7,500rpm dan tork setinggi 9.5Nm @ 6,000rpm. Melengkapkan Kawasaki Z125 Pro 2024 ini ialah fork depan USD, suspensi belakang monoshock (adjustable preload), tangki petrol 7.4 liter, sistem brek cakera, saiz tayar 100/90-12 (depan) dan 120/70-12 (belakang), ketinggian tempat duduk 780 mm, dan berat hanya 101 kg (curb weight).