Web Analytics
Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023 dilancarkan, terhad 600 unit, harga RM 14,998.00 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023 dilancarkan, terhad 600 unit, harga RM 14,998.00

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini secara rasmi melancarkan model Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023, dalam jumlah terhad 600 unit sahaja. Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 14,998.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Menurut HLYM, bagi pilihan warna terdahulu iaitu Signature M, ianya masih ditawarkan seperti biasa.

Dengan pembelian Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023 ini, para pelanggan akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00 secara percuma. Imbas kembali sistem penjana kuasanya yang bersesaran 155cc (sejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap, VVA), kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai 19hp @ 10,000rpm dengan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik lain pada model berkenaan termasuklah transmisi enam kelajuan, Assist & Slipper Clutch, Quick Shifter, Traction Control System (TCS), ABS Dual Channel, panel instrumen digital, lampu depan dan lampu posisi LED, kapasiti tangki bahan api 11 liter, fork depan terbalik, tayar belakang yang lebar, tinggi pelana 815 mm, dan sistem sambungan Yamaha Y-Connect.

 
Arena Motosikal © 2023