CFMOTO perkenal tiga model baharu yang bakal dilancarkan nanti – 150SC, 500SR dan 675SR

Pada September 2023 yang lalu, CFMOTO telah memperkenalkan tiga model baharu yang bakal dilancarkan nanti. Model pertama ialah sebuah skuter yang diberi nama 150SC, sementara model kedua dan ketiga ialah CFMOTO 500SR dan CFMOTO 675SR. CFMOTO 500SR akan dilengkapi enjin empat silinder, dan model tersebut dikatakan mampu mencapai kelajuan melebihi 230 km/j.

CFMOTO 675SR pula akan dikuasakan enjin tiga silinder, dan model berprestasi itu menawarkan tahap pengendalian terbaik bukan saja di jalan raya, malah di litar. CFMOTO buat masa ini belum mendedahkan tarikh rasmi pelancaran untuk ketiga-tiga model berkenaan, dan pasaran manakah yang akan menerimanya. Diharapkan Malaysia akan menerima pelancaran ketiga-tiga model itu.