Web Analytics
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024 kini di pasaran Eropah – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024 kini di pasaran Eropah

Model pengembaraan terbaharu Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024 rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah baru-baru ini, dalam skim warna tunggal Grand Tour. Tampil serba lengkap, ianya dilengkapi ciri-ciri canggih seperti sistem suspensi semi-active Ducati Skyhook Suspension (DSS) dan sistem radar bersama-sama Adaptive Cruise Control (ACC) dan Blind Spot Detection (BSD).

Spesifikasi lain termasuklah TPMS (Tyre Pressure Monitoring System), pemanas genggaman dan pemanas tempat duduk penunggang dan penumpang, tongkat tengah, sistem kunci keyless, dan tidak dilupakan ialah kotak barangan sisi seluas 60 liter. Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024 dikuasakan enjin V4 Granturismo 1,158cc, dengan keluaran maksimum 170hp dan tork 125Nm.

 
Arena Motosikal © 2023