CFMOTO 450CL-C 2023 dilancarkan di pasaran China

Model cruiser terbaharu CFMOTO 450CL-C 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran China, dalam dua pilihan warna Bordeaux Red dan Starlight Black. Harga jualannya ditawarkan sebanyak CNY 27,980.00, bersamaan RM 18,150.53 mengikut kadar semasa. Spesifikasi enjinnya 449cc (In-line twin cylinder, liquid-cooled) yang menjana kuasa 40hp @ 8,000rpm dan tork 42Nm @ 6,250rpm.

Spesifikasi lain pada CFMOTO 450CL-C 2023 ini ialah seperti fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan ABS, Traction Control, tangki bahan api 12 liter, ukuran tayar depan dan belakang 130/90-16 dan 150/80-16, dan tinggi pelana 690 mm. Selain itu ianya juga dilengkapi panel meter TFT 3.6 inci, sistem lampu LED, dan pengecas USB Type-C.