CFMOTO 250SR 2023 generasi terdahulu kini tampil dengan skim warna baharu

Di pasaran China pada ketika ini, model sport bike CFMOTO 250SR 2023 kini tampil dengan reka bentuk facelift terbaharu, dalam dua versi iaitu lengan ayun standard dan lengan ayun tunggal. Bagaimanapun baru-baru ini, CFMOTO 250SR generasi terdahulu didapati masih lagi ditawarkan di pasaran China, dan tampil dengan dua skim warna baharu yang lebih sporty dan lebih segar.

Ini bermakna CFMOTO 250SR 2023 dengan reka bentuk lama itu masih ditawarkan seperti biasa bersama-sama model generasi terkini. Spesifikasinya pula dipercayai tiada perubahan, kecuali di bahagian fork depan yang kini berwarna emas. Di pasaran Malaysia, CFMOTO 250SR 2023 telah dilancarkan pada awal tahun ini dengan warna terdahulu, di samping fork depan berwarna hitam.