Brabus baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu Brabus 1300 R Masterpiece Edition 2024, yang didatangkan dalam dua skim warna Onyx Black dan Diamond White. Bagi setiap skim warna itu, ianya ditawarkan dalam edisi terhad 25 unit sahaja. Selepas Brabus 1300 R 2022 dan Brabus 1300 R Edition 23, inilah model terakhir hasil sentuhan Brabus yang berkolaborasi dengan KTM.
Brabus 1300 R Masterpiece Edition 2024 ini diasaskan daripada model KTM 1290 Super Duke R Evo. Jentera naked itu dilengkapi enjin KTM LC8 V-twin bersesaran 1.3 liter, dan menghamburkan kuasa maksimum 180hp @ 9,500rpm dengan tork 140Nm @ 8,000rpm. Pecutannya dari 0 ke 100 km/j dilakukan dalam tempoh hanya 3.2 saat, sebelum mencecah kelajuan maksimum 270 km/j.