QJ Motor SRK600RC 2023 kini di Malaysia, harga RM 39,888.00

Bertempat di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos), MForce Bike Holdings. Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan QJ Motor SRK600RC 2023. Model sport bike terbaharu itu didatangkan dengan dua pilihan skim warna yang menarik iaitu Hitam dan Biru.

Untuk pasaran Malaysia, QJ Motor SRK600RC boleh dimiliki dengan harga asas sebanyak RM 39,888.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Enjinnya tampil dalam sesaran 600cc (4-cylinder in-line, 16V DOHC, liquid-cooled) dengan transmisi 6-kelajuan.

Kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai 80.4hp (60kW) @ 11,000rpm dengan tork maksimum 51Nm @ 10,500rpm. QJ Motor SRK600RC seterusnya dilengkapi fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek Brembo dengan ABS Dual Channel, tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-17 dan 180/55-17, dan tangki bahan api 16.4 liter.

Tinggi tempat duduk 800 mm, dan beratnya 225 kg (curb weight). Spesifikasi lain termasuk sistem lampu LED sepenuhnya dan paparan panel meter digital TFT. Tempoh jaminannya ditawarkan selama dua tahun atau 20,000 km perjalanan, berdasarkan yang mana dahulu.