Didi Resources Sdn. Bhd. merupakan pengedar rasmi untuk Triumph Motorcycles Malaysia. Antara model yang ditawarkan ketika ini ialah Triumph Tiger Sport 660 2023, dengan pilihan warna Korosi Red / Graphite, Lucerne Blue / Sapphire Black dan Graphite / Black.
Harga jualannya bermula dari RM 50,900.00. Ianya dilengkapi enjin 660cc (liquid-cooled, 12 valve, DOHC, inline 3-cylinder) dengan janaan 81PS @ 10,250rpm dan tork puncak 64Nm @ 6,250 rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan dengan Assist & Slipper Clutch.
Pelbagai spesifikasi menarik pada Triumph Tiger Sport 660 2023 ini termasuklah fork depan Showa 41 mm jenis terbalik, suspensi belakang Showa RSU (with remote hydraulic preload adjustment), sistem brek cakera dengan kaliper Nissin, dan sistem ABS Dual Channel.
Selain itu, ianya dilengkapi sistem ride-by-wire, switchable traction control, two riding modes (Road and Rain), panel instrumen TFT dengan sambungan ke telefon pintar, tangki bahan api 17.2 liter, tinggi pelana 835 mm, dan skrin penghadang angin boleh laras (manual).
Sistem lampu LED sepenuhnya, dengan ciri self-cancelling indicators. Model itu seterusnya dilengkapi roda depan dan belakang berukuran 120/70-R17 dan 180/55-R17, dengan tayar Michelin Road 5. Berat jentera kembara serba boleh itu hanyalah 206 kg (wet weight).