Motosikal elektrik terbaharu LiveWire S2 Del Mar 2023 kini dengan rasminya ditawarkan di pasaran USA, dengan harga jualan $15,499.00 (RM 70,528.20). Tiga pilihan warna menarik yang tersedia untuk model tersebut ialah Nimbus Gray, Nightfall Blue dan Asphalt Black.
S2 Del Mar dilengkapi pek bateri 10.5 kWh. Terdapat dua pilihan pengecasan, iaitu Level 1 dan Level 2, masing-masing dalam masa 8.4 jam dan 142 minit dari 0 ke 100%. Jarak yang boleh dicapai ialah sehingga 113 batu (city range) dan 86 batu (combined range – 55 mph).
Prestasi maksimum yang ditawarkan cukup memuaskan, berada pada paras 84hp dengan tork maksimum 263Nm. Ini membolehkan S2 Del Mar melakukan pecutan dari 0 ke 60 mph dalam tempoh masa hanya 3.0 saat, dengan kelajuan maksimumnya 103 mph (165 km/j).
Spesifikasi lengkap lain termasuklah fork depan Showa 43 mm (fully adjustable), suspensi belakang monoshock Showa (adjustable preload & rebound damping), brek cakera Brembo di bahagian depan (M4.32 front monoblock 4-piston caliper), dan tayar berukuran 19 inci.
LiveWire S2 Del Mar 2023 seterusnya dilengkapi sistem lampu LED, panel instrumen TFT 4 inci dengan ciri sambungan Bluetooth, port pengecas USB-C, tinggi tempat duduk 818 mm, dan beratnya 198 kg. Tempoh jaminan baterinya ialah selama 5 tahun (unlimited mileage).