Ducati Monster 30° Anniversario 2023 diperkenalkan, terhad 500 unit

Ducati baru-baru ini rasmi memperkenalkan model terbaharu Ducati Monster 30° Anniversario 2023. Ianya diperkenalkan bagi meraikan sambutan ulang tahun buat kali yang ke-30 untuk model Monster, yang sebelum ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1993. Tampil dalam pilihan warna tunggal Tricolour 30th Anniversary, model itu hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja.

Ducati Monster 30° Anniversario mempunyai berat 184 kg, kurang 4 kg berbanding model standard. Antara ciri-ciri menariknya termasuklah sistem suspensi dan steering damper daripada Öhlins, sistem ekzos Termignoni, sistem brek Brembo, dan juga didatangkan dengan nombor siri eksklusif. Enjinnya 937cc Testastretta 11°, dengan kuasa maksimum 111hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.