Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition 2024 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia

Suzuki Malaysia hari ini mengumumkan model terbaharu Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition 2024 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Model berwarna oren itu hanya akan ditawarkan dalam jumlah terhad, dan tempahan kini telah dibuka di cawangan pengedar sah.

Di pasaran tempahan, Suzuki Hayabusa generasi terbaharu sebelum ini telah dilancarkan dalam bulan Oktober 2021, dengan harga asas RM 111,200.00. Jentera berprestasi tinggi itu dilengkapi enjin 1,340cc (4-stroke, 4-cylinder, liquid-cooled, DOHC), dengan kelajuan maksimumnya mencecah 299 km/j.