QJ Motor SRV700 2023 dilancarkan di pasaran China

QJ Motor kini melancarkan model cruiser terbaharu QJ Motor SRV700 2023 untuk pasaran China, dalam empat pilihan warna yang menarik. Harga jualannya pula ditetapkan sebanyak CNY 39,999.00 sahaja, bersamaan nilai RM 25,867.63 mengikut kadar semasa, yang boleh dikatakan sangat berpatutan.

QJ Motor SRV700 2023 dikuasakan enjin dua silinder bersesaran 693cc dengan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 76hp (56kW) @ 8,750rpm dengan tork 68.2Nm @ 6,250rpm. Dengan berat 208 kg, model cruiser itu dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 190 km/j.